Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Anak Krakatau meletus

    JAKARTA, 28 MAC – Gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia meletus beberapa kali hari ini, memuntahkan abu gunung berapi yang besar kira-kira 2,500 meter ke langit.

    Gunung Anak Krakatau meletus empat kali, kata pegawai, dengan yang terbesar diikuti oleh satu lagi yang memuntahkan kepulan besar asap dan abu 1,500 meter di atas kawahnya.

    “Ini adalah sebahagian daripada fasa letusan yang dikaitkan dengan pembentukan badan baharu untuk gunung berapi itu,” kata Oktory Prambada, seorang pegawai di Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi, kepada AFP.

    Pada 2018, sebahagian kawahnya runtuh apabila letusan besar menyebabkan ketulan besar gunung berapi itu meluncur ke lautan, mencetuskan tsunami yang mengorbankan lebih 400 orang dan mencederakan ribuan orang.

    Tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan pada hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda