Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung berapi Cumbre Vieja musnah 1,000 bangunan

    MADRID, 5 OKT – Lahar dari gunung berapi Cumbre Vieja di pulau La Palma di Kepulauan Canary telah meliputi sekitar 400 hektar tanah dan memusnahkan hampir 1,000 bangunan, menurut Jabatan Keselamatan Negara Sepanyol dan sistem Copernicus Kesatuan Eropah (EU).

    Menurut Copernicus, itu adalah maklumat terkini setakat kelmarin sementara menunggu penilaian baharu melalui gambar satelit dilakukan, lapor agensi berita Itali (ANSA).

    Hampir 30 hektar laut telah dipenuhi dengan lava.

    Pada petang Ahad yang lalu, sebahagian puncak utama gunung berapi itu runtuh (dianggap normal oleh pakar) menyebabkan peningkatan aliran lahar, kata pakar gunung berapi kepada media Sepanyol.

    Pemantauan awal menunjukkan lahar dan batuan yang melebur mengalir ke arah lokasi yang sama seperti sebelum ini, dan belum ada laporan mengenai kawasan baharu.

    Pada Ahad, Perdana Menteri, Pedro Sánchez mengumumkan kira-kira 200 juta euro diperuntukkan untuk membantu “pembinaan semula” La Palma. – Bernama

    Gunung berapi Cumbre Vieja menyemburkan lava, abu dan asap di pulau Canary, La Palma pada 4 Okt, 2021.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda