ROM, 2 JUN – Gunung berapi Etna di selatan Itali telah meletus, memuntahkan lahar lebur ke udara, walaupun awan semalam menjejas pemandangan mereka yang berani mendaki lereng gunung berapi tertinggi di Eropah.
Institut Nasional Geofizik dan Vulkanologi (INGV) berkata ‘percikan’ dapat dilihat apabila api dan abu panas diluahkan ke udara dalam satu letusan yang bermula pada Khamis dan telah menjadi perlahan semalam akan tetapi masih menimbulkan risiko kepada pendaki.
Lahar datang daripada dua rekahan di bahagian timur laut dan selatan-tenggara Kawah New Southeast.
Gunung berapi di pulau Sicily sebelum ini meletus pada Disember.
Luahan lahar terbaharu tidak dijangka menimbulkan sebarang masalah kepada kawasan perumahan berhampiran atau penerbangan di lapangan terbang paling hampir di Catania. – AFP
