Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung berapi Ibu di Pulau Halmahera meletus

    JAKARTA, 7 DIS – Gunung berapi Ibu di Pulau Halmahera di wilayah timur Maluku Utara Indonesia meletus selama kira-kira 90 saat pada 11 pagi waktu tempatan hari ini, memuntahkan abu sehingga 1,200 meter dari puncaknya, lapor Xinhua memetik kenyataan Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) negara itu.

    “Ia mengeluarkan abu berwarna kelabu dengan intensiti tebal ke arah tenggara,” kata Efrita Saragih, pegawai pos pemantauan gunung berapi itu.

    Gunung berapi setinggi kira-kira 1,300 meter dari paras laut itu diklasifikasikan dalam tahap bahaya kedua daripada tahap tertinggi IV. Gunung berapi itu telah meletus sebanyak 60 kali sejak awal tahun ini, kata PVMBG.

    Saragih meminta orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 3.5 km dari kawah.

    “Orang ramai yang melakukan aktiviti luar dinasihatkan memakai pelitup muka dan mata bagi melindungi diri daripada abu gunung berapi,” katanya.

    Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Indonesia merupakan antara negara yang mempunyai gunung berapi terbanyak di dunia. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda