Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung berapi Kilauea di Hawaii meletus

    HONOLULU, 3 SEPT – Gunung berapi Kilauea di Hawaii kembali meletus kelmarin dan mengeluarkan lava setinggi 100 meter dari kawah puncaknya.

    Ini merupakan kali ke-32 gunung berapi itu melepaskan batuan cair sejak Disember lalu, ketika letusan semasa bermula.

    Setakat ini, semua lava daripada letusan berkenaan kekal terkawal dalam kawah puncak di dalam Taman Negara Gunung Berapi Hawaii.

    Lava mula muncul dari rekahan utara di Kawah Halemaʻumaʻu selepas tengah malam.

     Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), rekahan itu mula memancutkan air pancut lava pada jam 6:35 pagi.

    Menjelang pertengahan pagi, letusan juga berlaku di rekahan selatan kawah dan satu lagi rekahan di tengah-tengahnya.

    Kilauea merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia. Ia terletak di Pulau Hawaii, iaitu pulau terbesar dalam kepulauan Hawaii, kira-kira 320 kilometer di selatan bandar terbesar negeri itu, Honolulu, yang berada di Oahu. – AP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) ini menunjukkan letusan Kawah Halemaʻumaʻu di puncak Gunung Berapi Kīlauea, Hawaii pada 2 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda