Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung berapi Kilauea muntahkan lahar

    LOS ANGELES, 26 MEI – Salah satu gunung berapi paling aktif di dunia memuntahkan lahar melebihi 1,000 kaki di Hawaii, menurut Pakar Vulkanologi Amerika Syarikat kelmarin.

    Aktiviti di puncak gunung berapi Kilauea di Pulau Besar Hawaii telah berlaku sekali sekala sejak letusan pada 23 Disember 2024.

    Siaran rakaman kelmarin menunjukkan lahar menyembur ke udara, membentuk rekahan neon-jingga ketika ia mengalir pada kaldera Kilauea.

    Bahagian Pemantau Gunung Berapi Hawaii di Jabatan Geolologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, letusan bermula pada 4:15 kelmarin waktu tempatan di lubang utara Halema’uma’u, kawah pit Kilauea.

    Sejam kemudian, lubang selatan mula aktif, memuntahkan lahar kira-kira 230 kaki manakala semburan lahar dari lubang utara melebihi ketinggian 1,000 kaki,” kata agensi itu.

    Gambar Envato

    “Aliran lahar menutupi lantai kawah Halema’uma’u.

    “Aktiviti gunung berapi kelmarin adalah yang ke-23 sejak letusan Disember,” ujar agensi itu, sambil menambah semburan lahar telah berlaku secara berterusan selama kira-kira sehari atau kurang.

    Bahaya utama termasuk tahap tinggi gas gunung berapi, yang boleh bertindak balas dengan atmosfera mengikut arah angin untuk mewujudkan jerebu yang boleh dilihat dikenali sebagai vog – atau asap gunung berapi.

    Vog boleh menjejaskan manusia dan haiwan termasuk tanaman.

    Kilauea telah menjadi sangat aktif sejak 1983 dan meletus agak kerap.

    Ia adalah salah satu daripada enam gunung berapi aktif yang terletak di Kepulauan Hawaii, termasuk Mauna Loa, gunung berapi terbesar di dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda