Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Gunung berapi Klyuchevskaya meletus

    MOSCOW, 1 NOV – Gumpalan abu yang besar meletus dari gunung berapi aktif tertinggi di Eurasia pada hari ini, memaksa pihak berkuasa menutup sekolah di dua bandar di Semenanjung Kamchatka, Rusia.

    Letusan dari gunung berapi Klyuchevskaya Sopka menghantar abu setinggi 13 kilometer dari paras laut, kata pegawai.

    Tiada laporan mengenai kecederaan, tetapi pegawai mengarahkan sekolah di Ust-Kamchatsk dan Klyuchy ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Setiap bandar mempunyai penduduk kira-kira 5,000 orang. Klyuchy terletak kira-kira 30 kilometer dari gunung berapi dan Ust-Kamchatsk 50 kilometer dari gunung tersebut.

    Gunung berapi setinggi 4,650 meter itu telah aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan mengeluarkan lava pada bulan Jun.

    Semenanjung Kamchatka, yang menganjur ke Lautan Pasifik kira-kira 6,700 kilometer ke timur Moscow, terkenal dengan rangkaian gunung berapi aktif dan tidak aktif, geiser dan mata air panas bumi. – AP

    Gunung berapi Klyuchevskaya meletus di utara Semenanjung Kamchatka, Timur Jauh Rusia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...