Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung berapi Lascar muntah abu, kepulan asap

    SANTIAGO, 11 DIS – Ledakan Gunung Berapi Lascar di Andes pada awal pagi mencetuskan gegaran kecil, kepulan asap dan debu tebal.

    Perkhidmatan Geologi dan Perlombongan Negara Chile melaporkan aktiviti di gunung berapi itu berlaku pada jam 12:36 pagi waktu tempatan.

    Gunung berapi itu dikatakan memuntahkan abu dan gas panas yang melonjak sehingga 6,000 meter (m) dari kawahnya.

    Pihak berkuasa memaklumkan penduduk di Talabre, bandar yang terletak 30 kilometer (km) dari gunung berapi, diarah untuk berpindah jika perlu, namun tiada kerosakan harta benda dilaporkan selain sistem amaran masih dikekalkan di tahap hijau.

    Lascar dengan ketinggian 5,592m dari aras laut itu terletak 70km dari San Pedro de Atacama, pusat pelancongan popular yang menarik pengunjung untuk ‘trekking’, astronomi amatur dan lawatan ke Gurun Atacama, lokasi paling kering di Bumi.

    Kali terakhir letusan di Lascar adalah pada 1993, selain mencatatkan aktiviti gunung berapi yang sederhana pada 2006 dan 2015.

    Di selatan, amaran kuning kekal berkuat kuasa bagi kawasan sekitar gunung berapi Nevados de Chillan, 385km di selatan ibu kota Santiago, dan Gunung Berapi Villarica 800km ke selatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda