TOKYO, 16 NOV – Sebuah gunung berapi di selatan Jepun meletus awal pagi tadi, menghembuskan debu dan asap ke udara serta mencetuskan amaran hujan abu.
Gunung Sakurajima, antara gunung berapi paling aktif di Jepun, meletus sebelum subuh dengan memuntahkan debu dan asap setinggi 4,400 meter ke langit, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Tiada kerosakan dilaporkan setakat ini, kata seorang pegawai di wilayah Kagoshima kepada AFP.
Namun agensi cuaca tersebut menjangkakan hujan abu di sebahagian Kagoshima serta wilayah bersebelahan, Miyazaki, berikutan beberapa letusan yang masih berlaku. – AFP

