Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Gunung berapi Merapi meletus

    JAKARTA, 23 MEI – Gunung Merapi di Indonesia, salah satu gunung berapi paling aktif di dunia, meletus hari ini, memuntahkan lahar lebih dua kilometer dari kawah.

    Imej dramatik lahar yang mencurah dari kawah gunung berapi itu diterbitkan oleh Balai Cerap Gunung Merapi yang dikendalikan kerajaan.

    Puluhan gegaran kecil berkaitan letusan Merapi direkodkan hari ini, menurut Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), sebuah agensi kerajaan yang memantau gunung berapi itu.

    “Aktiviti Merapi sedikit meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini… tetapi peningkatan seperti ini sering berlaku di Merapi,” kata Ketua BPPTKG, Agus Budi Santoso.

    Cuaca cerah bermakna orang ramai boleh melihat letusan yang mengalir dari gunung berapi itu, katanya.

    Merapi, yang terletak hanya 28 kilometer di utara ibu kota wilayah Yogyakarta, dipantau rapi oleh agensi itu.

    Pihak berkuasa melaksanakan zon sekatan tujuh kilometer pada 2022 berikutan penilaian risiko untuk kampung-kampung sekitar.

    Lahar dari letusan Merapi berkenaan jatuh dalam zon berkenaan, kata Santoso. – AFP

    Gunung Merapi memuntahkan lahar semasa letusan seperti yang dilihat dari dusun Dadap Ngori di Magelang, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...