JAKARTA, 17 APRIL – Peningkatan aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara, sejak kelmarin menyebabkan pemindahan 272 keluarga atau 828 individu dari kampung berhampiran. Tempat perlindungan sementara di sekitar kawasan Tagulandang kini menempatkan 45 orang manakala 783 orang lagi telah berpindah ke rumah saudara-mara berhampiran atau pergi ke tanah besar