Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung berapi Sinabung meletus

    MEDAN, INDONESIA, 28 JULAI – Gunung Sinabung di Indonesia meletus hari ini, mengeluarkan asap tebal dan abu ke langit.

    Letusan gunung berapi di wilayah Sumatera Utara itu berlaku sekitar 12 minit, kata agensi geologi tempatan.

    “Bahan gunung berapi mencapai 4,500 meter ke udara,” kata ketua agensi pos pemantauan Sinabung, Armen Putra, kepada AFP.

    Gambar yang dikongsi oleh agensi itu menunjukkan kepulan asap tebal yang gelap dari kawah gunung berapi itu.

    Awan asap dan abu bergerak sejauh 1,000 meter dari puncak gunung terbabit, agensi itu menambah.

    Tidak ada perintah pemindahan yang dikeluarkan kerana serpihan tidak sampai ke kampung terdekat dan tidak ada gangguan yang dilaporkan terhadap penerbangan di daerah terbabit.

    Namun, pihak berkuasa telah mengarahkan orang ramai untuk mengelakkan zon sejauh lima kilometer di sekitar kawah yang telah ditinggalkan selama bertahun-tahun ketika aktiviti gunung berapi meningkat.

    Sinabung, gunung berapi setinggi 2,460 meter, tidak aktif selama berabad-abad sebelum kembali aktif pada tahun 2010 ketika letusan membunuh dua orang. – AFP

    Gambar yang diambil pada 28 Julai menunjukkan Gunung Sinabung memuntahkan debu gunung berapi dan kepulan asap yang dilihat dari Tiga Pancur di Karo, Sumatera Utara, Indonesia. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda