Friday, February 21, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung berapi tidak aktif sebagai tarikan pelancong

    VIENTIANE, 19 FEB – Pihak berkuasa di Wilayah Champasak selatan Laos sedang berusaha untuk membangunkan kemudahan di sekitar gunung berapi yang tidak aktif di Daerah Paksong, menaik taraf tapak itu menjadi tarikan peringkat wilayah untuk meningkatkan pelancongan, lapor Xinhua.

    Pihak berkuasa wilayah menyasarkan untuk meningkatkan tapak itu dan menaikkan status pelancongannya dengan membangunkan infrastruktur utama, termasuk akses jalan, pusat perkhidmatan, restoran dan penginapan, lapor Radio Nasional Laos hari ini.

    Gunung berapi yang terletak di kawasan yang indah, merangkumi kawasan lima hektar setinggi 1,300 meter. Pengunjung boleh berjalan di sepanjang laluan sepanjang 1,300 meter di sekeliling kawah.

    Wilayah Champasak mempunyai 216 tapak pelancongan yang dibangunkan, termasuk 116 semula jadi, 60 tapak budaya dan 40 tempat bersejarah yang menarik. Wilayah ini juga terkenal dengan aktiviti mendaki gunung, ziplining selain produk tempatan seperti kopi dari Dataran Tinggi Bolaven.

    Ketika Champasak terus mengembangkan tarikan pelancongannya, pengunjung digalakkan untuk menerokai wilayah itu yang indah dan kaya dengan sejarah, destinasi yang mesti dikunjungi di selatan Laos. – Bernama

    Gunung berapi di Daerah Pakxong, Wilayah Champasak. – ANN/Vientiane Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda