Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Gunung Berapi Ulawun meletus

    KOKOPO, PAPUA NEW GUINEA, 2 JUN – Gunung Berapi Ulawun di timur laut Papua New Guinea meletus awal hari ini, memuntahkan abu ke udara sebelum mereda dengan tiada kecederaan dilaporkan.

    Divisyen Pengurusan Geobahaya negara itu melaporkan “pengeluaran berterusan kepulan abu kelabu yang tebal” dari gunung berapi berkenaan selama kira-kira 15
    minit.

    Gunung Ulawun adalah salah satu daripada gunung berapi paling berbahaya di dunia, termasuk dalam senarai 16 ‘gunung berapi dekad’ yang disasarkan bagi penyelidikan oleh ahli vulkanologi kerana ia mempunyai risiko tinggi bagi letusan besar dan kuat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...