Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Fuji dilitupi salji pertama musim ini

    KOFU, JEPUN, 24 OKT – Puncak Gunung Fuji, gunung tertinggi di Jepun diliputi salji buat kali pertama musim ini kelmarin, iaitu 21 hari lewat daripada purata tahunan namun 15 hari lebih awal berbanding tahun lalu, lapor agensi berita Kyodo

    Seorang pegawai di Balai Pemerhati Kofu, Wilayah Yamanashi mengesahkan lapisan salji dilihat di puncak gunung setinggi 3,776 meter itu sekitar 6 pagi. 

    Menurut balai berkenaan, salji terbentuk hasil kehadiran awan tebal dan udara sejuk di atas gunung sejak Rabu.

    Suhu di kawasan berhampiran puncak dilaporkan menurun hingga paras – 6.4 darjah Celsius sekitar 1 pagi kelmarin, berdasarkan data sistem pemerhatian Agensi Meteorologi Jepun.

    Tahun lalu, gunung ikonik yang terletak di sempadan wilayah Shizuoka dan Yamanashi itu mula dilitupi salji pada 7 November, iaitu tarikh paling lewat direkodkan sejak pemerhatian bermula pada 1894. – Bernama

    Gambar menunjukkan lapisan salji dilihat di puncak gunung setinggi 3,776 meter itu sekitar 6 pagi kelmarin. Gambar agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda