Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Ibu meletus lagi

    JAKARTA, 27 MEI – Gunung berapi di timur Indonesia mengeluarkan abu setinggi enam kilometer (km) ke langit hari ini dalam kejadian terbaharu hampir 100 letusan sejak awal tahun ini.

    Letusan baharu di Gunung Ibu di pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara berlaku pada 3:30 pagi dan menyebabkan pasir jatuh ke kawasan sekitarnya, menurut pihak berkuasa.

    Gunung berapi itu, yang telah meletus sekurang-kurangnya 95 kali sejak awal tahun ini dan kini berada tahap empat selepas pihak berkuasa menaikkan amaran awal bulan ini.

    “Gumpalan abu dengan warna kelabu yang berintensiti tebal, bertiup ke arah barat,” kata ketua Agensi Geologi, Muhammad Wafid, dalam satu kenyataan.

    “Bunyi dentuman kedengaran sehingga ke pos (pemantauan),” tambahnya.

    Gambar yang diambil oleh Badan Geologi Indonesia menunjukkan Gunung Ibu mengeluarkan abu gunung berapi pada 21 Mei. – AFP

    Beliau menyeru orang ramai supaya tidak berada dalam zon pengecualian antara empat dan tujuh kilometer (2.5-4.3 batu) dari kawah gunung berapi itu.

    Gunung berapi itu meletus beberapa minggu lalu pada skala yang sama, menghamburkan gumpalan abu sejauh lima kilometer ke langit.

    Ibu adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia, meletus lebih daripada 21,000 kali pada tahun lepas.

    Menurut Agensi Geologi, Ibu mencatatkan purata 58 letusan sehari pada 2023.

    Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas, mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.

    Bulan lalu, Gunung Ruang di wilayah Sulawesi Utara meletus beberapa kali, memaksa beribu-ribu penduduk pulau berdekatan berpindah. Ia kekal pada tahap amaran tertinggi.

    Kesemua 800 atau lebih penduduk pulau Ruang akan dipindahkan secara kekal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda