Monday, March 3, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Marapi meletus lagi

    AGAM, 14 JAN – Gunung Marapi di Indonesia meletus lagi hari ini, mengeluarkan asap dan abu ke udara, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Pos Pemerhatian Gunung Berapi Marapi di wilayah Sumatera Barat merekodkan letusan dengan tiang abu kira-kira 1,300 meter tinggi dari puncaknya, diikuti hujan abu. Semburan abu daripada letusan itu dilihat menyelubungi jalan raya dan kenderaan di kampung berhampiran.

    Sekurang-kurangnya 100 penduduk telah dipindahkan sejak Jumaat selepas pihak berkuasa Indonesia memberikan tahap amaran gunung berapi daripada Tahap 2 kepada Tahap 3, atau tahap kedua tertinggi, pada Rabu.

    Kira-kira 1,400 orang tinggal di lereng Marapi di Rubai dan Gobah Cumantiang, kampung terdekat kira-kira 5 hingga 6 kilometer dari puncak.

    Marapi telah aktif sejak letusan pada Januari tahun lalu yang tidak menyebabkan kemalangan jiwa. Ia adalah antara lebih daripada 120 gunung berapi aktif di Indonesia, yang terdedah kepada pergolakan seismik kerana lokasinya di Pasifik ‘Ring of Fire’, lengkok gunung berapi dan garisan sesar yang mengelilingi Lembangan Pasifik. – AP

    Seorang pegawai agensi pengurusan bencana mencuci kereta yang dilitupi abu gunung berapi akibat letusan Gunung Marapi di Agam, Sumatera Barat, Indonesia pada 14 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda