Saturday, January 11, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Merapi meletus, amaran keselamatan dikeluarkan

    YOGYAKARTA, 10 JAN – Gunung Merapi, terletak berhampiran kawasan yang padat penduduk di Yogyakarta, Indonesia, memuntahkan lahar sebanyak lima kali hari ini, dengan aliran lahar mencapai jarak sejauh 1,900 meter (m).

    Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada penduduk sekitar berikutan ancaman yang melibatkan awan panas dan aliran lahar.

    Kawasan berisiko tinggi dikenal pasti di bahagian selatan dan barat daya kawah sehingga 7 kilometer (km), manakala di bahagian tenggara, zon bahaya meliputi jarak 3km.

    Data pemantauan menunjukkan Gunung Merapi terus menghasilkan magma, yang meningkatkan risiko pelepasan awan panas di zon terjejas.

    Penduduk dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti di kawasan berbahaya dan sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan banjir lava dan awan panas semasa hujan lebat.

    Gunung Merapi, dengan ketinggian 2,968m, merupakan salah satu daripada 127 gunung berapi yang aktif di Indonesia. – Xinhua

    Gambar fail menunjukkan Gunung Merapi memuntahkan lahar dari Kampung Tunggul Arum di Sleman, Yogyakarta, Indonesia pada 5 Januari 2024. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda