Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Merapi meletus lagi

    YOGYAKARTA, INDONESIA, 9 OGOS – Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi meletus hari ini, memuntahkan lahar dan abu dari kawahnya buat hari kedua.

    Aliran piroklas iaitu runtuhan batu, abu dan gas gunung berapi, mengalir dari kubah lahar yang membesar di dalam kawah.

    Gunung setinggi 2,968meter itu terletak dekat dengan Yogyakarta, bandar purba yang mempunyai ratusan ribu penduduk di kawasan metro yang besar di pulau Jawa.

    Letupan besar terakhir Gunung Merapi pada 2010 telah membunuh 347 orang.

    Penduduk kampung yang tinggal di lereng Gunung Merapi yang subur telah dinasihatkan supaya menjarakkan diri sekurang-kurangnya 5km dari mulut kawah.

    Ketua Pusat Volkanologi dan Mitigasi Mitigasi Bencana Geologi Yogyakarta, Hanik Humaida berkata bahawa kubah lahar berkenaan telah runtuh sebahagiannya sejak Ahad, apabila letupan terbaharu bermula.

    Letupan awal telah memuntahkan abu panas 1,000m ke udara.

    Gunung berkenaan telah mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga aliran piroklas pada Isnin, kata Humaida. – AP

    Gambar menunjukkan lahar panas mengalir dari kawah Gunung Merapi, Sleman, Yogyakarta, Indonesia, awal kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda