JAKARTA, 19 Feb – Gunung Sinabung di Sumatera Utara dilaporkan meletus lagi dengan letusan yang lebih besar sehingga asap dan abu letusan menjulang setinggi 5 kilometer (km).
Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMG) Indonesia, letusan terbaharu itu berlaku pada 8:59 pagi tadi.
Asap dan debu letusan itu dilaporkan menghala ke arah selatan dan timur tenggara Pulau Sumatera.
Sementara itu, media tempatan melaporkan pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti di radius 4km dari kawah gunung itu.
Kali terakhir gunung itu dilaporkan meletus ialah pada 27 Januari lepas.
Agensi Migitasi Bencana Kebangsaan mengatakan tidak ada laporan mengenai kematian atau kecederaan akibat letusan itu.
Gunung berapi, salah satu daripada tiga letusan di Indonesia, tidak aktif selama empat abad sebelum meletup pada tahun 2010, membunuh dua orang. Letusan lain berlaku pada tahun 2014 membunuh 16 orang, manakala tujuh lagi korban dicatatkan dalam letusan 2016.
Pusat penasihat abu gunung berapi serantau di Darwin, Australia, mengeluarkan ‘notis merah’ kepada syarikat penerbangan.
Sekitar 30,000 orang telah dipaksa meninggalkan rumah di sekitar gunung itu dalam beberapa tahun yang lalu. – Bernama/AFP