Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Gurauan di restoran Jepun cetus kemarahan penduduk

    TOKYO, 3 FEB – Beberapa gurauan mengenai keadaan kurang bersih di atas rak bergerak penghantar makanan salah sebuah restoran susyi di Jepun telah mengakibatkan kemerosotan stok, baik pulih tempat dan tindakan undang-undang, diikuti dengan ulasan media sosial yang penuh kemarahan.

    Beberapa video yang digelar ‘keganasan susyi’ telah muncul di media sosial termasuk Twitter dan TikTok dalam beberapa hari kebelakangan ini, sebahagian daripadanya telah dimuat naik baru beberapa minggu atau bahkan sudah bertahun.

    Dalam satu klip video, ada yang telah ditonton hampir 40 juta kali di Twitter, seorang pelanggan yang nampaknya remaja menjilat bahagian atas botol kicap dan bucu cawan teh yang diletakkan semula di atas rak, sebelum menjilat jarinya dan menyentuh secebis susyi di restoran tersebut.

    Video itu, yang dirakamkan di cawangan rangkaian Sushiro di bandar Gifu tengah Jepun, mendorong saham dalam syarikat induk restoran itu menjunam hampir lima peratus Selasa lalu.

    Video lain muncul menunjukkan pelanggan di rangkaian berbeza meletakkan wasabi pada susyi atau menjilat sudu dalam bekas serbuk teh hijau.

    Walaupun insiden itu nampaknya hanya terhad kepada beberapa video, ia telah menimbulkan kekecohan di Jepun, sebuah negara yang terkenal dengan piawaian kebersihan yang tinggi.

    “Ini memualkan,” tulis seorang pengguna Twitter Jepun, manakala seorang warganet lagi menambah, “Saya tidak boleh pergi ke restoran susyi itu lagi.”

    Dalam satu kenyataan, Sushiro berkata remaja di sebalik video tular itu telah memohon maaf, bersama ibu bapanya, tetapi firma itu telah memfailkan aduan polis secara rasmi. – AFP

    Pinggan susyi pada rak bergerak penghantar makanan di restoran rantaian susyi di Tokyo hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...