Bintang realiti Kim Kardashian menerima kecaman apabila dikatakan sengaja menyebarkan khabar angin berhubung keberadaan Kate Middleton.
Menerusi perkongsian di Instagram, Kim, 44, dilihat memuat naik gambar memperagakan fesyen terbarunya, dedah mStar.
Bagaimanapun, kapsyen yang ditulis oleh bekas isteri Kanye West itu mencuri perhatian warganet.
“Dalam perjalanan untuk mencari Kate,” katanya.
Kate yang dimaksudkan merujuk kepada Puteri Wales, Kate Middleton yang dikhabarkan ‘hilang’ selepas menjalani pembedahan abdomen.
Kim dipercayai menulis kapsyen tersebut secara gurauan memandangkan isu berkenaan sedang menjadi bualan hangat di Internet.
Dalam pada itu, warganet menyifatkan gurauan Kim itu sebagai tidak sensitif dan sengaja mencari perhatian.
“Begitulah selebriti yang kononnya benci khabar angin, tapi sebarkan khabar angin,” komen warganet. – Agensi
