KOTA KINABALU, 19 OGOS – Guru-guru agama di Sabah perlu memperolehi tauliah mengajar yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Sabah bagi memastikan penyampaian mereka memenuhi kualiti. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ini bagi memastikan agenda yang menyimpang dapat dikawal selain menjaga keharmonian hubu-ngan kaum dalam masyarakat di negeri itu daripada anasir tidak baik.

