Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat

    KUCHING, 22 Jan – Guru-guru daripada Gred 41 hingga  Gred 48 dibenarkan untuk berkecimpung  dalam  bidang politik berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam pekeliling bilangan 2010,  namun mereka terlebih dahulu perlu mendapat kebenaran daripada ketua setiausaha Kementerian Pendidikan, kata  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

    Beliau berkata kebenaran yang diberikan itu juga disertai dengan syarat-syarat tertentu kerana pihak kementerian tidak mahu mana-mana pegawai pendidikan yang memegang jawatan pentadbiran terlibat memegang jawatan politik, kerana ada perbezaan ketara antara dua tugas itu.

    “Kita tidak mahu apa-apa kaedah di pentadbiran itu dijadikan bahan-bahan politik yang boleh mewujudkan pencanggahan dari segi kepentingan antara tugas-tugas dalam hal politik,” katanya dalam satu persidangan media di penghujung Majlis Wacana Jelajah Transformasi Nasional 50 (TN50) Anjuran  Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja  Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama Petra Jaya hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda