LONDON, 5 JULAI – Seorang guru warga Britain yang melakukan hubungan seks dengan dua pelajar remaja dan melahirkan anak damit dengan salah seorang daripada mereka dijatuhi hukuman penjara enam setengah tahun, kelmarin.
Rebecca Joynes, 30, di bawah jaminan polis kerana melakukan aktiviti seksual dengan seorang mangsa, dikenali sebagai Boy A, apabila dia mula melakukan hubungan seks dengan Boy B, yang menyebabkannya hamil.
Semasa menjatuhkan hukuman, seorang hakim berkata Joynes adalah seorang yang cemerlang yang telah membuang kerjayanya dan menyebabkan anak damitnya diambil disebabkan tindakannya sendiri.
Joynes mendekati pelajar itu dari umur 15 tahun, bertukar-tukar mesej di media sosial sebelum terlibat dalam aktiviti seksual, kata pendakwa raya kepada mahkamah.
Dia didapati bersalah oleh juri atas enam pertuduhan terlibat dalam aktiviti seksual dengan seorang kanak-kanak.
Kedua-dua remaja lelaki itu tidak boleh dikenal pasti dengan nama mereka. – AFP


