Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guru ditipu lebih RM8,000

    MIRI, 29 OGOS – Seorang guru di sini kerugian RM8,620 setelah diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai Inspektor Polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki, 26, ditipu lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Inspektor Samsul Anuar’ yang mendakwa mangsa terlibat dalam kes jenayah.

    “Mangsa diperdaya suspek yang mendakwa butiran mangsa telah disalahgunakan pihak ketiga, untuk kes penyeludupan dadah dan penyelewangan wang haram.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda