Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guru perdagangan hadiri sesi perkongsian ilmu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS- Dalam usaha memperkukuhkan kepentingan pendidikan mengenai hak pengguna, seawal dari kelas pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Pengguna (JHEP) telah mengadakan sesi perkongsian yang diadakan di Sekolah Menengah Rimba II.

    Sesi perkongsian ilmu bersama guru-guru perdagangan dalam Subject-Based Committee – Commerce dari sekolah-sekolah di seluruh daerah itu di muliakan dengan sesi penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab Jabatan.

    Sealain penerangan objektif utama iaitu pemahaman tentang hak-hak pengguna, menjadi pengguna yang bijak, penggunaan aplikasi PenggunaBijak sebagai alat maklumat digital, dan meneroka bahan rujukan bagi para guru.

    Peserta turut mendengarkan pengenalan mengenai Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Wajar), Penggal 261, khususnya berkaitan amalan perniagaan yang tidak wajar.

    Ini termasuk mengelirukan pengguna, membuat kenyataan palsu, dan mengambil kesempatan terhadap pengguna, yang mana peranan pengawal selia sektor yang berbeza di Negara Brunei Darussalam turut di kongsikan.

    Peserta juga terlibat dalam sesi undian untuk menilai reaksi mereka apabila berhadapan dengan amalan perniagaan yang tidak wajar.

    Kemudian, sesi diteruskan pula dengan panduan untuk menjadi pengguna yang bijak, dengan menekankan tiga hak pengguna iaitu hak untuk mendapatkan maklumat, hak untuk memilih, dan hak untuk mendapatkan ganti rugi.

    Aplikasi mudah alih PenggunaBijak dipamerkan sebagai alat praktikal untuk menjadi pengguna yang bijak.

    Ciri-ciri seperti 1-2-Compare, pemantauan harga mingguan, dan saluran membuat aduan juga di kongsikan disamping maklumat lain yang boleh diakses di laman sesawang Jabatan serta daripada sumber serantau.

    Selain itu, peserta juga berpeluang mengemukakan pertanyaan mengenai senario sebenar yang melibatkan amalan perniagaan yang tidak wajar serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak Jabatan.

    Untuk pertanyaan berkaitan isu pengguna boleh diajukan kepada Jabatan melalui Talian Darussalam 123 dan emel aduanpengguna@jpes.gov.bn.

    Sesi perkongsian dengan SBC Commerce
    Guru-guru perdagangan menghadiri sesi perkongsian ilmu. GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPES

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda