KUANTAN, 28 MEI – Panik menerima panggilan daripada ‘polis’ Bukit Aman menyebabkan seorang guru kerugian RM187,000 selepas panggilan itu sebenarnya dibuat anggota sindiket Macau Scam. Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata wanita berusia 36 tahun itu mendakwa dihubungi suspek pada 10 Mei lepas, yang memaklumkan terdapat waran tangkap terhadap dirinya bagi jenayah pemerdagangan manusia.

