CANBERRA, 29 Nov – Hampir 200 buah sekolah di Australia Selatan (SA) terpaksa ditutup apabila ratusan guru di negeri berkenaan melancarkan bantahan setengah hari.
Para ibu bapa terpaksa mengatur alternatif lain pagi hari ini apabila kira-kira 183 buah sekolah awam SA dan pra sekolah menutup operasi mereka kepada para pelajar tatkala kakitangan sekolah mengadakan perhimpunan di Daerah Pusat Perniagaan Adelaide, mendesak bagi gaji yang lebih baik, kelas yang lebih kecil dan tambahan cuti sakit.
Kira-kira 194 buah sekolah yang masih dibuka, terpaksa mengubahsuai program pembelajaran bagi mengatasi kekurangan kakitangan. Sebagai bandingan, hampir separuh sekolah di negeri berkenaan ditutup apabila Kesatuan Pendidikan Australia (AEU) melancarkan bantahan di SA pada 2008.
“Tiada kesilapan, ini merupakan satu undi tidak percaya dalam bos-bos kesatuan yang tergesa-gesa mengadakan bantahan yang terbukti bersifat ekstrem,” kata Bendahari SA, Rob Lucas kepada pemberita malam semalam.
“Mereka menunjukkan pertimbangan lemah dan tidak menghargai kerja keras ibu bapa dan datuk nenek mereka dalam mengejar industri,” ujarnya. – Xinhua