Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Guru mogok, tak setuju cara pengendalian pandemik

    PARIS, 13 JAN – Kurang daripada dua minggu selepas penggal musim sejuk bermula, guru-guru Perancis sudah letih dengan tekanan kes COVID-19 yang semakin meningkat.

    Hari ini, guru Perancis di seluruh negara bersepakat untuk mogok yang dianjurkan oleh kesatuan guru untuk membantah ketergendalaan kelas berkaitan virus dan peraturan pengasingan yang sentiasa berubah.

    Perancis berada di pusat perjuangan Eropah semasa menentang COVID-19, dengan jangkitan baharu melebihi 360,000 kes sehari sejak beberapa hari kebelakangan ini, didorong oleh varian Omicron yang sangat menular. Guru kecewa dan inginkan penjelasan tentang peraturan dan lebih banyak perlindungan, seperti pelitup muka tambahan dan ujian untuk membantu mengatasi ketegangan.

    “Bulan Januari adalah bulan yang sukar (untuk sekolah),” kata menteri pendidikan, Jean-Michel Blanquer di rangkaian televisyen, France 2. Kementeriannya mengira 50,000 kes baharu COVID-19 dalam kalangan pelajar sejak ‘hari kebelakangan ini’ dan sejumlah besar kelas ditutup akibat virus tersebut: 10,553.

    Angka itu dijangka bertambah buruk dalam beberapa minggu akan datang. – AP

    Guru Perancis di seluruh negara bersepakat untuk mengadakan mogok yang dianjurkan oleh kesatuan guru dalam membantah gangguan kelas berkaitan virus dan peraturan pengasingan yang sentiasa berubah. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...