Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guru nafi bersalah bunuh dua pejalan kaki di Arkansas

    FAYETTEVILLE, 15 OGOS – Guru yang menurut pihak berkuasa menikam mati dua pejalan kaki di Taman Negeri Devil’s Den di Arkansas bulan lalu mengaku tidak bersalah kelmarin atas tuduhan membunuh.

    Andrew James McGann mengemukakan pengakuan itu semasa perbicaraan ringkas di hadapan hakim negeri di penjara Washington County pagi kelamrin. Hakim Joanna Taylor menjadualkan perbicaraan McGann seterusnya pada 14 November. Dia ditahan tanpa ikat jamin.

    McGann telah didakwa dengan dua pertuduhan pembunuhan besar-besaran dalam pembunuhan Clinton David Brink, 43, dan Cristen Amanda Brink, 41 pada 26 Julai. Kedua-duanya sedang mendaki bersama anak perempuan mereka – berumur 7 dan 9 tahun –dan anak perempuan tersebut tidak cedera dalam serangan itu.

    Pihak berkuasa belum mengenal pasti motif serangan di Devil’s Den, sebuah taman negeri seluas 2,500 ekar kira-kira 220 kilometer barat laut Little Rock.

    McGann telah ditahan pada 30 Julai di sebuah kedai gunting rambut di Springdale, kira-kira 50 kilometer di utara taman itu.

    McGann belum lagi memulakan tugas baharunya di Sekolah Awam Springdale dan sebelum ini pernah bekerja di Texas dan Oklahoma. Pihak berkuasa berkata dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

    Polis Negeri berkata, McGann mengaku melakukan pembunuhan itu sejurus selepas penahanannya dan penyiasat memadankan DNAnya dengan darah yang ditemui di tempat kejadian. – AP

    Laluan menuju ke denai Devil’s Den di Taman Negeri Devils Den ditutup pada 28 Julai, di West Fork, Arkansas. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda