Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Guru, pendidik Brunei sertai latihan mengajar bahasa di Beijing

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Seorang guru daripada Sekolah Sinaran Pelangi adalah antara 58 peserta daripada 15 buah negara yang mengambil bahagian dalam program latihan pengajaran Bahasa Cina Kanak-kanak Antarabangsa yang berlangsung di Beijing, Republik Rakyat China dari 13 hingga 27 Oktober.

    Program yang dianjurkan oleh Beijing Chinese Language and Culture College itu bermatlamat untuk mengukuhkan kualiti pendidikan Bahasa Cina di kalangan guru-guru di seluruh dunia.

    Peserta dari Sekolah Sinaran Pelangi ialah Dayangku Nur Razanah binti Pengiran Haji Abdul Rahman, yang menyertai kumpulan pengajaran tadika. Beliau juga disertai oleh dua lagi pendidik dari Brunei iaitu Fu Yong Li dan Chen Yun Ru, yang turut sama-sama menamatkan kursus selama dua minggu berkenaan.

    Latihan itu menumpukan kepada strategi pengajaran bagi pelajar muda, penyampaian di bilik darjah, rancangan pelajaran dan membangunkan aktiviti bahasa bagi pendidikan awal kanak-kanak.

    Para peserta juga mengambil bahagian dalam sesi bengkel, sesi pengajaran praktikal dan perbincangan yang direka untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya dan pelbagai bahasa.

    Program itu juga menawarkan peluang pembelajaran kebudayaan, dengan para peserta melawat ke beberapa tapak pendidikan dan bersejarah di Beijing termasuk Daerah Seni 798, National Arts and Crafts Museum, Temple of Heaven, Wangfujing Street dan National Archives of Publications and Culture.

    Pada majlis penutup program berkenaan, para peserta menerima sijil yang disampaikan oleh Setiausaha Party Committee of Beijing Chinese Language and Culture College, Zhang Yanqian.

    Pada majlis berkenaan, Dayangku Nur Razanah berpeluang untuk menyampaikan panji sekolah kepada kolej berkenaan bagi pihak Sekolah Sinaran Pelangi sebagai tanda penghargaan atas peluang untuk menyertai latihan berkenaan.

    Dayangku Nur Razanah menyatakan pengalaman menyertai latihan berkenaan amat bermakna dan mengayakan yang mana beliau amat teruja untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan serta kaedah pengajaran yang diperoleh untuk menyokong pembangunan pendidikan Bahasa Cina di sekolah.

    Dayangku Nur Razanah bersama-sama dua pendidik dari Brunei, menyampaikan panji sekolah kepada Zhang Yanqian. – Gambar serahan Sekolah Sinaran Pelangi

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...