Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guru SMM lawat Econ Motors

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Seramai 23 orang guru Sekolah Menengah Menglait (SMM) telah mengadakan kunjungan ke Econ Motors Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Beribi sebagai salah satu aktiviti Program Perkembangan Profesional sekolah berkenaan, hari ini.

    Ketua rombongan, Haji Abdul Hakim bin Haji Besar ketika ditemui menjelaskan bahawa antara objektif kunjungan lawatan adalah untuk mengaitkan segala maklumat yang diperolehi di sana dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

    Selain mengunjungi Econ Motors Sdn Bhd, dalam sesi berasingan, guru-guru wanita turut mengadakan lawatan ke NBT Brunei pada sebelah petang. Semasa lawatan tersebut, rombongan telah diberikan taklimat mengenai operasi syarikat selain penerangan mengenai jualan, promosi dan produk-produk yang terdapat di sana.

    Di samping itu, guru-guru juga berpeluang melihat lebih jelas dan bertanya secara langsung mengenai kenderaan yang dipamerkan di bilik pameran Econ Motors Sdn Bhd yang mempamerkan pelbagai jenis kenderaan Proton.

    Gambar ramai ketika lawatan ke Econ Motors.
    Rombongan pelawat juga berpeluang melihat lebih dekat kereta-kereta yang dipamerkan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda