Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Guru taska Jepun dera anak damit berulang kali

TOKYO, 1 DIS – Guru-guru di sebuah taska di wilayah tengah Shizuoka, Jepun berulang kali melakukan penderaan fizikal dan lisan ke atas anak-anak damit dalam jagaan mereka, media tempatan melaporkan hari ini.

Menurut laporan itu, tiga orang guru di sebuah sekolah Sakura Hoikuen di bandar Susono didapati memegang kaki dan menggoncangkan kanak-kanak berusia setahun dalam jagaan mereka beberapa kali secara terbalik serta mengancam mereka dengan pisau, antara beberapa penderaan yang dikesan.

Pihak berkuasa mengatakan penderaan berulang ke atas anak damit berlaku di sekolah swasta itu antara Jun dan Ogos tahun ini. Sebanyak 15 kes dera dikesan sebelum itu, namun sekolah hanya mengarahkan kakitangan terbabit menandatangani ikrar untuk mendiamkan perkara itu, menurut laporan pihak berkuasa.

Pegawai perbandaran akan memfailkan aduan jenayah dilakukan oleh para guru, menurut laporan hari ini. Sehari sebelumnya, datuk bandar Susono, Harukaze Murata memberitahu satu sidang media bahawa tindakan guru-guru itu adalah kes penderaan. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -