Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guru tikam pelajar 8 tahun hingga mati

    SEOUL, 11 FEB – Seorang guru menikam seorang pelajar perempuan berusia lapan tahun sehingga mati di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan kelmarin, lapor media tempatan, memetik pihak berkuasa.

    Guru itu, seorang wanita berusia 40an, mengaku melakukan jenayah tersebut selepas pegawai polis menemuinya dan pelajar itu dalam keadaan berlumuran darah di sekolah rendah di pusat bandar Daejeon kelmarin, lapor agensi berita Yonhap.

    Pelajar itu telah dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia,” kata laporan itu.

    Guru itu mengalami luka tikaman di leher dan lengannya, yang menurut pegawai mungkin dilakukannya sendiri.

    “Polis mendapati guru berkenaan telah mengambil cuti kerana mengalami kemurungan dan kembali semula ke sekolah itu lewat tahun lalu,” kata laporan itu.

    Orang ramai berkabung atas kematian seorang murid yang mati ditikam oleh seorang guru, di luar sekolah rendah di Daejeon, Korea Selatan pada 11 Februari. – AP

    Mangsa berada di sekolah itu untuk program penjagaan selepas selesai kelas sebelum dia dijadual menghadiri kelas seni di sebuah institusi swasta.

    Guru itu dan pelajar perempuan itu ditemui polis sekitar jam 6 petang selepas ibu bapa kanak-kanak itu melaporkan dia tidak menghadiri kelas seni.

    Guru itu menjalani pembedahan untuk lukanya, dan polis berkata mereka akan menyambung semula siasatan selepas keadannnya stabil, lapor Yonhap.

    Korea Selatan secara amnya merupakan negara yang sangat selamat, dengan kadar pembunuhan 1.3 bagi setiap 100,000 orang pada 2021, menurut statistik rasmi – di bawah purata global enam kematian pembunuhan bagi setiap 100,000 orang.

    Bagaimanapun, negara itu menyaksikan beberapa insiden jenayah ganas berprofil tinggi pada 2023 termasuk beberapa kes tikaman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda