Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada guru-guru tuisyen tempat anak saya belajar. Saya berasa bersyukur kerana keputusan peperiksaan hujung tahun anak saya amat memberangsangkan. Sebelum ini, keputusannya hampir tidak memuaskan dan banyak angka merah pada beberapa subjek. Ini membuktikan bahawa usaha dan dedikasi guru-guru tuisyen juga memainkan peranan penting dalam membantu memberikan bimbingan tambahan