Wednesday, December 6, 2023
32.4 C
Brunei

    -

    Gustavo Petro angkat sumpah sebagai presiden

    BOGOTA, 8 OGOS – Gustavo Petro kelmarin mengangkat sumpah sebagai presiden berhaluan kiri pertama Colombia, di hadapan ratusan ribu orang pada majlis perasmiannya di Bogota.

    Bekas gerila berusia 62 tahun dan pernah menjadi datuk bandar itu mengambil alih jawatan Ivan Duque, dengan rancangan untuk membuat pembaharuan di negara yang dilanda ketidaksamaan ekonomi dan keganasan dadah.

    “Saya bersumpah dan berjanji kepada rakyat bahawa saya akan menguatkuasakan perlembagaan dan undang-undang Colombia dengan sebenarnya,” kata Petro di hadapan para penyokong yang berkumpul di Dataran Bolivar di Bogota.

    Petro – yang kerajaannya sepatutnya mendapat sokongan daripada majoriti berhaluan kiri Kongres – dalam ucapan perasmiannya menggesa kumpulan bersenjata Colombia supaya ‘melucutkan senjata’ dan menerima faedah undang-undang ‘sebagai pertukaran untuk keamanan’.

    Beliau juga menyasarkan usaha membanteras narkotik selama bebe-rapa dekad, dengan berkata: “Sudah tiba masanya untuk konvensyen antarabangsa baharu yang mengiktiraf bahawa perang terhadap dadah telah gagal.”

    Petro turut menyeru bagi pewujudan dana antarabangsa untuk membantu Amazon Colombia yang dilanda pembasmian hutan. Mengenai jejak kempennya, Petro berjanji dalam tempoh empat tahun untuk menaikkan cukai ke atas orang kaya, melabur dalam penjagaan kesihatan dan pendidikan dan mereformasi polis selepas tindakan keras terhadap protes anti-ketaksamaan tahun lalu yang dikecam di peringkat antarabangsa.

    Dia juga berikrar untuk menangguhkan penerokaan minyak, mempromosikan tenaga bersih dan mengaktifkan semula hubungan diplomatik dan komersial dengan kerajaan Nicolas Maduro di Venezuela, yang digantung sejak 2019. – AFP

    Presiden baharu Colombia, Gustavo Petro semasa menyampaikan ucapannya di Dataran Bolivar di Bogota pada 7 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...