Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guterres gesa mansuhkan senjata nuklear

    NEW YORK, 27 SEPT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menggesa semua negara supaya menghapuskan senjata nuklear, yang tidak menawarkan keselamatan malah hanya menyebabkan pembunuhan beramai-ramai serta huru-hara, ketika Presiden Rusia Vladimir Putin meningkatkan ancaman dalam perangnya terhadap Ukraine.

    Guterres dalam kenyataan pada sesi Perhimpunan Agung Khas PBB mengenai Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Senjata Nuklear yang disambut setiap tahun sejak 2013, menawarkan Agenda Baharunya untuk Keamanan, lapor United Press International (UPI).

    Perang Dingin membunuh manusia dalam hanya beberapa minit. Kini, setelah berdekad-dekad kejatuhan Tembok Berlin, kita masih mendengar pedang nuklear, kata Guterres pada Perhimpunan Agung.

    “Era peras ugut nuklear mesti berakhir. Idea bahawa mana-mana negara boleh berperang dan memenangi perang nuklear adalah sesuatu yang mengelirukan.

    “Perlucutan senjata nuklear bukanlah mimpi Utopia. Saya gesa semua negara untuk meredakan ketegangan, mengurangkan risiko dan menjalin konsensus baharu untuk menghentikan ancaman nuklear untuk manfaat semua,” kata Guterres menerusi tweetnya selepas berucap.

    Bot pengawal NYPD dan Coast Guard meronda East River di luar ibu pejabat PBB di New York ketika persidangan PBB berlangsung. – AP

    Menghapuskan ‘peranti kematian’ ini boleh dan perlu dilakukan.

    Guterres berkata negara anggota PBB kecewa terhadap langkah pelucutan senjata yang perlahan dan bimbang akan akibat pemusnahan kemanusiaan yang dahsyat daripada senjata nuklear.

    Beliau juga memberi amaran bahawa sebarang penggunaan senjata nuklear akan mencetuskan malapetaka kemanusiaan. Kita perlu berundur.

    “Senjata nuklear adalah kuasa yang paling dashyat yang pernah dicipta, katanya.

    “Penghapusannya merupakan hadiah terbesar yang boleh kita berikan kepada generasi akan datang,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda