Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guterres jalani kuarantin kendiri

    NEW YORK, 8 DIS – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kes positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua memetik timbalan jurucakapnya, Farhan Haq.

    “Beliau tidak menunjukkan sebarang gejala dan diuji negatif. Sebagai langkah berjaga-jaga beliau telah membatalkan semua jadualnya dan akan bekerja dari rumah sehingga jalani sekali lagi ujian saringan pada Khamis (9 Dis),” menurut Haq dalam satu kenyataan pada Selasa.

    Guterres, 72, antara penduduk New York pertama yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada akhir Januari 2021 dan disuntik dos penggalak pada 26 Nov. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda