Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guterres lawat Antartika, bincang perubahan iklim

    ANTARTIKA, 24 NOV – Diambang perbincangan iklim COP28, Ketua PBB Antonio Guterres kelmarin melawat Antartika yang sedang membeku tetapi cepat mencair, dan menyatakan tindakan yang intensif perlu diambil semasa persidangan di mana negara-negara akan membincangkan komitmen mereka untuk mengurangkan pelepasan gas pemanasan bumi.

    Guterres berada dalam lawatan rasmi tiga hari ke Antartika dan Presiden Chile, Gabriel Boric, menyertainya dalam lawatan rasmi ke Pangkalan Udara Angkatan Udara Eduardo Frei di Pulau King George di benua itu. Guterres juga dijadualkan melawat sungai air batu Collins dan Nelson dengan bot.

    Beliau berkata bahawa COP28 merupakan peluang bagi negara-negara untuk ‘memutuskan pengurangan bahan api fosil dalam jangka masa yang mencukupi’ bagi mengelakkan dunia daripada kenaikan 1.5 darjah Celsius melebihi suhu pra-industri.

    Suhu udara dan laut yang sedang meningkat menyebabkan ais Antartika mencair. Benua yang membeku itu memainkan peranan penting dalam mengawal iklim Bumi kerana ia memantulkan cahaya matahari dan menggerakkan arus laut utama.

    Pengkaji sains dan alam sekitar, Kaitlin Naughten, menganggarkan bahawa pencairan ais di kawasan paling berisiko di Antartika boleh meningkatkan paras laut global sebanyak kira-kira 1.8 meter (5.9 kaki) dalam beberapa abad akan datang. – AP

    Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Antonio Guterres berdiri di luar Pangkalan Tentera Udara, Chilean Eduardo Frei di Pulau King George, Antartika pada 23 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda