Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guterres tolak tindakan ganas di Venezuela

    NEW YORK, 7 Ogos – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Antonio Guterres telah menolak sebarang tindakan keganasan di Venezuela ketika menyuarakan kebimbangannya berhubung insiden percubaan membunuh Presiden Nicolas Maduro baru-baru ini.

    Menurut jurucakap beliau, Farhan Haq, Guterres juga menggesa rakyat Venezuela melakukan usaha yang lebih besar ke arah mencapai persefahaman dan berdepan cabaran semasa, pada masa sama, memantau hak asasi manusia semua rakyat Venezuela selaras dengan kerangka undang-undang antarabangsa.

    Kerajaan Maduro telah mendesak agar rundingan diadakan dalam usaha mendapatkan keamanan dan ketenteraman di Venezuela, pendirian yang setakat ini ditolak oleh pihak pembangkang.

    Pada petang Sabtu, semasa upacara penutup majlis ulang tahun ke-81 Pengawal Kebangsaan Venezuela, dua dron yang dipasang bahan letupan C4 meletup berhampiran platform di mana Presiden Maduro sedang berucap.

    Tujuh orang cedera dalam insiden itu. Pihak berkuasa Venezuela melaporkan pada petang kelmarin bahawa semua suspek dalam kes itu telah dikenal pasti. Enam daripada mereka telah diberkas dan penyiasat polis turut merampas kenderaan serta pelbagai bahan bukti. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda