Pasangan selebriti terkenal iaitu Gwen Stefani dan Blake Shelton (gambar) kini menghitung hari untuk majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan tidak lama lagi.
Memetik laporan Hollywoodlife, Gwen dan Blake sudah membuat permohonan lesen perkahwinan Selasa lalu dan difahamkan mreka akan disatukan pada 9 Julai ini secara tertutup di Oklahoma.
Awal Januari lalu, Blake mendedahkan dia dan Gwen terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan disebabkan COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Untuk rekod, hubungan cinta pasangan tersebut sudah terjalin sejak tahun 2015. – Agensi