Saturday, February 15, 2025
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    GWM anjur Rumah Terbuka TBC

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Syarikat Berjaya Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta jenama Great Wall Motors (GWM) di Negara Brunei Darussalam mengadakan acara Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput bersama pelanggan, media, dan tetamu khas bertempat di Bilik Pameran GWM, di Beribi pagi tadi.

    Majlis dihadiri oleh Pengarah Urusan Berjaya, Pengiran Irwan Ab Rahaman bin Pg Haji Salleh Ab Rahaman; Pengarah Berjaya, Chieng Sin Kui Kelly Chin dan Pengurus Selepas Jualan, Alex Tanggiling.

    Menambah keceriaan, tetamu turut serta dalam acara Yee Sang, satu tradisi simbolik untuk kesejahteraan dan kejayaan.

    Majlis turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah 188 Lucky Pick, di mana pemenang bertuah akan memenangi sampul merah yang mengandungi hadiah cenderamata GWM khas.

    Selain itu, pengunjung turut berpeluang untuk melihat barisan terkini kereta keluaran GWM di sepanjang acara berlangsung.

    Acara berkenaan membuktikan dedikasi GWM Brunei dalam menyampaikan kualiti dan kecemerlangan. GWM Brunei mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana menjadi sebahagian daripada acara istimewa berkenaan.

     Antara suasana dalam kemeriahan acara tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda