Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    GWM perkenal program naik taraf bodykit kenderaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Berjaya Sdn Bhd, syarikat pengedar sah bagi kenderaan Great Wall Motors (GWM) di Brunei memperkenalkan satu program pembiayaan selepas jualan semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang berlangsung di Bilik Pameran GWM, Perindustrian Beribi hari ini.

    Hadir mengalu-alukan di rumah terbuka GWM pagi tadi ialah, Pengarah Urusan Berjaya Sdn Bhd, Pengiran Irwan AB Rahaman bin Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman.

    Program yang diperkenalkan bertujuan untuk menyokong pemilik kenderaan GWM yang ingin menaik taraf kenderaan mereka dengan pemasangan bodykit yang tulen dengan menawarkan penyelesaian kewangan yang fleksibel melalui pembiayaan yang diluluskan menjadikan proses lebih mudah dan selesa.

    Khas untuk pemilik-pemilik model GWM Haval H6, Jolion, dan Tank 300, program ini membenarkan pembiayaan sehingga $20,000, dengan pelan bayaran balik yang fleksibel serta proses permohonan secara dalam talian yang mudah. Terma dan syarat dikenakan.

    Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Berjaya Sdn Bhd juga memberikan baucar GWM bernilai $500 kepada pelanggan yang membuat pemasangan bodykit melalui program pembiayaan ini. Baucar ini boleh ditebus untuk barangan dan aksesori tulen GWM di bilik pameran GWM.

    Pengurus Selepas Jualan Berjaya Sdn Bhd, Alex Tanggiling, mengetengahkan manfaat program ini dan menggalakkan para pelanggan untuk merebut peluang yang ditawarkan.

    Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Berjaya Sdn Bhd dalam meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan GWM dengan menjadikan naik taraf selepas jualan lebih mudah dicapai dan berbaloi.

    Untuk maklumat lanjut, pelanggan dialu-alukan untuk mengunjungi GWM Experience Centre di Beribi Industrial Complex atau GWM Service Centre di Bengkurong.

    Atas & Bawah: Antara pengunjung yang datang ke majlis berkenaan.

    Atas & Bawah: Antara suasana semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda