Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gwyneth, Brad ikat tali perkahwinan

    PELAKON terkenal Gwyneth Paltrow melangsungkan perkahwinan dengan Brad Falchuk di sebuah kediaman mewah di Long Island, New York baru-baru ini.

    People melaporkan perkahwinan itu turut dihadiri oleh ramai bintang gred A Hollywood seperti Robert Downey Jr, Jerry Seinfeld, Steven Spielberg, Cameron Diaz dan suami, Benji Madden.

    Pemenang Anugerah Akademi itu berkahwin dengan penerbit berusia 47 tahun itu selepas menjalinkan hubungan selama empat tahun sebelum bertunang selama setahun.

    Gwyneth, 46, sebelum ini pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dan mereka mempunyai dua cahaya mata bersama iaitu Apple, 14 dan Moses, 12.

    Pasangan itu berkahwin pada 2003 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai selepas sepuluh tahun berkahwin.

    Gwyneth dan Brad bertemu buat pertama kali ketika aktres itu membuat kemunculan dalam siri Glee pada 2010.

    Gwyneth Paltrow telah mengikat tali perkahwinan dengan Brad Falchuk di Long Island, New York.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda