Saman terhadap pelakon Gwyneth Paltrow sebanyak AS$3.3 juta gagal selepas hakim memutuskan aktres berkenaan bukan punca kemalangan yang mengakibatkan seorang pakar optometri cedera parah kira-kira tujuh tahun lalu. Memetik laporan The Star, plaintif iaitu Terry Sanderson, 76, mendakwa berlaku kemalangan membabitkan dirinya dengan bintang Hollywood itu sehingga menyebabkan empat tulang rusuknya patah dan mengalami gangguan