SINGAPURA, 9 Julai – H3 Dynamics Holdings mengumumkan pelancaran H3 Zoom.AI, sebuah platform perkhidmatan yang dibolehkan kecerdasan buatan dan berasaskan awan yang baharu yang menghubungkan dengan dron kamera untuk menawarkan satu alternatif yang lebih selamat, lebih cepat, dan lebih tepat kepada aktiviti pemeriksaan penyelenggaraan yang berbahaya, sukar untuk dicapai, atau berskala besar-besaran di seluruh dunia, meningkatkan keselamatan pekerja, mengurangkan masa henti dan meningkatkan daya pengeluaran.
Dengan tumpuan pertama pada Bandar Raya Pintar, H3 Zoom melancarkan Inspektor Façade (video), sebuah alat pemeriksaan visual yang memanfaatkan pembelajaran mesin dan dron untuk mengubah cara muka bangunan bertingkat tinggi diperiksa dan diselenggara.
Inspektor Façade oleh H3 Zoom akan diperkenalkan buat kali pertama di Sidang Kemuncak Bandar Raya Dunia 2018 – Pavilion Singapura (Petak S30) pada 9 hingga 11 Julai.
Memandangkan peraturan baharu menggesa untuk satu peningkatan di dalam kekerapan pemeriksaan dan pada masa yang sama bilangan bangunan terus berkembang, Inspektor Facade keluaran H3 Zoom menangani cabaran berskala dengan memperkenalkan satu proses terdigit sepenuhnya yang boleh mengimbas sebuah bangunan bertingkat tinggi dalam masa beberapa minit sahaja berbanding berminggu-minggu lamanya sebelum ini, dan pada masa yang sama mengelakkan gondola dan meningkatkan keselamatan pekerja. – Bernama