Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Ha Neul, Min Si bakal bergandingan dalam drama baharu

    Kang Ha Neul dan Go Min Si mungkin akan membintangi drama baharu bersama-sama.

    Menurut laporan SPOTV News, kedua-dua pelakon tersebut telah menerima tawaran untuk membintangi drama baharu berjudul Taste of You (tajuk sementara).

    Sebagai respons kepada laporan tersebut, agensi Kang Ha Neul dan Go Min Si berkata, “Mereka telah menerima tawaran dan sedang meneliti projek tersebut secara positif.”

    Drama Taste of You kini dalam peringkat pemilihan pelakon dan produksi dengan tayangan disasarkan pada tahun 2025. Jika Kang Ha Neul dan Go Min Si menerima tawaran itu, Taste of You akan menjadi projek pertama mereka bersama.

    Ketika ini, Kang Ha Neul sedang mempersiapkan diri untuk pelancaran Squid Game Musim 2, dan dia juga disahkan akan membintangi filem Wall to Wall.

    Sementara itu, Go Min Si akan muncul dalam drama Sweet Home Musim 3 serta program variasi terbaharu tvN, Jinny’s Kitchen 2. – Agensi

    Kang Ha-neul dan Go Min-si bakal bergandingan dalam drama ‘Taste of You’. – KimchiDaily
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...