Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haaland bantu City kembali ke puncak liga

    LONDON, 27 OKT – Erling Haaland membantu Manchester City menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan gol tunggal untuk kemenangan 1-0 ke atas Southampton, hari ini.

    Haaland, yang sebelum ini tidak menjaringkan gol dalam tiga perlawanan liga, akhirnya memecahkan kemarau golnya pada babak pertama di Stadium Etihad.

    Kemenangan itu menyaksikan pasukan bimbingan Pep Guardiola melonjak ke kedudukan teratas, dua mata di depan Liverpool di tempat kedua, yang boleh kembali mendahului sekiranya menang dalam pertembungan menentang Arsenal, tengah malam nanti.

    City tidak pernah tewas dalam perlawanan liga di Etihad selama dua tahun, satu rekod yang merangkumi 35 perlawanan, dan Southampton berada di kedudukan tercorot dengan hanya satu mata daripada sembilan perlawanan musim ini, tidak berpeluang untuk menamatkan rekod hebat itu.

    Tanpa Jack Grealish dan Jeremy Doku, Guardiola membuat empat perubahan dalam pasukan yang menewaskan Sparta Prague di Liga Juara-Juara.

    Haaland, yang menjaringkan gol menarik ketika menentang Sparta, kali ini menjaringkan gol lebih bersahaja tetapi sangat penting dalam saingan perebutan gelaran. – AFP

    Haaland ketika meraikan jaringan semsa aksi EPL menentang Southampton di Stadium Etihad, Manchester, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda