Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Haaland cipta rekod baharu Liga Perdana

    MANCHESTER, 4 MEI – Erling Haaland mencipta rekod baharu 35 gol dalam satu musim Liga Perdana ketika Manchester City mengatasi West Ham 3-0 untuk kembali ke tangga teratas kelmarin, manakala Liverpool mengetepikan Fulham 1-0.

    City terpaksa bekerja keras menghadapi pasukan West Ham yang kekurangan pemain untuk mengetepikan satu mata di depan Arsenal dalam perebutan kejuaraan, walaupun masih berbaki satu perlawanan yang belum dimainkan.

    Tetapi mereka menunjukkan kebolehan selepas separuh masa ketika Haaland mencipta sejarah dengan gol ke-51 dalam semua pertandingan musim sulungnya di City.

    “Saya tidak memikirkan semua rekod ini, akan jadi gila jika memikirkannya,” kata Haaland.

    “Sekarang saya akan pulang, bermain permainan video, makan se-suatu kemudian tidur.”

    Reaksi Erling Haaland meraikan kemenangan mereka pada perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di stadium Etihad di Manchester, England, 3 MEI. – AP

    Pemain Norway itu diberikan penghormatan oleh rakan sepasukannya ketika dia meninggalkan padang selepas tamat perlawanan.

    Namun pasukan pelawat kehilangan pemain antarabangsa England, Declan Rice, Tomas Soucek dan Nayef Aguerd kerana sakit, manakala kecederaan menyebabkan David Moyes hanya boleh menamakan lima pemain gantian.

    Tetapi anak buah Moyes bertahan selama 50 minit sebelum tunduk di Etihad dan terus terperangkap dalam pertarungan sukar untuk mengelakkan penyingkiran.

    Nathan Ake menjadi pemain yang tidak disangka-sangka memecahkan kebuntuan apabila pemain pertahanan Belanda itu melompat tinggi untuk menjaringkan gol menerusi sepakan percuma Riyad Mahrez.

    Tetapi tiada kejutan ke atas penjaring kedua City apa-bila Haaland meluru masuk hantaran Jack Grealish dan dengan cekap menepis bola ke atas Lukasz Fabianski yang sedang mara.

    Kemenangan ke-13 berturut-turut City di laman sendiri pada 2023 menyaksikan anak buah Guardiola semakin menjauhi gelaran Liga Perdana kelima dalam enam musim. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Gabriel dijangka diketepikan akibat cedera

    LONDON, 21 NOV – Arsenal dijangka akan bermain tanpa...

    Trump ampuni bekas pemilik Tottenham

    WASHINGTON, 14 NOV – Presiden Donald Trump mengampuni bekas...

    Edwards pengurus baharu Wolves

    LONDON, 13 NOV – Pasukan Liga Perdana yang sedang...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...